Thursday, 16 October 2008
DRY CLEANING....
Ramai yg tanyer dry clean tu..x pakai ayaq ker?tapi kat kedai aku dry clean pakai ayaq...ini yg terbaru...nak kata baru pun x la jugak..dah 2 thn kat msia ni...yg dulu punyer dry clean memang membahaya... dan tidak selari dengan kehendak Islam didalam aspek pencucian dan penyucian. Cucian kering di Malaysia boleh dikatakan semuanya menggunakan solvent Perchloroethylene (Perc) yang telah mula di berhentikan penggunaannya sedikit demi sedikit di Amerika dan Eropah kerana bahan ini telah terbukti membahayakan kesihatan kerana disyaki boleh menyebabkan barah, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan dan lain lain serta mencemar alam sekitar dan udara. Ia membahaya bukan sahaja kepada pekerja di kedai dobi malahan kepada pengguna, kerana Perc tersebut akan tertinggal didalam kain setelah proses dan akan dihidu serta meresap melalui kulit pemakai baju tersebut. Ini amat berbahaya terutama kepada kaum pompuan melayu yang rata-rata menggunakan baju sutera(bj kurung pun ye gak). Dari segi penyucian pula, Perc tersebut digunakan berkali-kali untuk mencuci baju dengan dikitar semula apabila mula didapati kotor, menggunakan proses distillation untuk membuang kotoran tetapi bolehkah ia digunakan semula untuk tujuan mensuci? Pengusaha(bkn aku,sbb aku x guna yg ni...) pula tidak melakukan proses distillation ini pada setiap load cucian dan ini menyebabkan kotoran dari satu load cucian akan dipindahkan kepada load cucian yang baru. cucian kering didalam Islam adalah tidak menyucikan dan salah satu website yg aku jupe mengatakan tidak sah sembahyang memakai baju yang telah di cuci kering.memang betui pun...dia cuci tp x bersih!alternative untuk cucian kering dan alhamdullilah rupanya di Amerika dan Eropah telah meluas menggunakan kaedah 'Wet cleaning' selama 12 tahun dimana mesin khas menggunakan bahan pencuci(kimikal ni yg mahai ni...) yang khas dan air digunakan untuk mencuci sutera dan fabrik lain yang dahulunya hanya di cuci kering. Tiada apa-apa yang diguna semula atau di recycle untuk mencuci. yg ni la aku guna kat kedai aku... di Malaysia sistem Wet clean ini mula digunakan sejak dua mejak ni,termasuk la aku....kebanyakan pengusaha dobi takut nak bg taw custemer depa pasai ni... mungkin kerana takut tidak diterima oleh pengguna di Malaysia padahal hasil cuciannya amat baik dan banyak kelebihan lain. aku nak bg taw kat sini yg sistem wet clean ini bg banyak kelebihan dari cucian kering (terlalu banyak untuk diterangkan disini, mungkin lain kali) dan hasilnya lebih baik dari cucian kering. Mungkin dulu kita tidak ada pilihan untuk mencuci baju sutera, jaket dan lain yang memerlukan cucian kering, tapi la ni alhamdullilah kita dah x perlu risau lagi...kalu nak taw lebih terperici lg ,blh mai kdai aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
oh..acu bukak kedai dobi yek?
kat mana ni acu?
acu duk area mana?
kasi le alamat.. email kat putu yek.. farhan_farhana02@yahoo.com
ha mai la antar bj kat kite...kedai kat bandar sri damansara
aiks .. bandar sri damansara ???
kat mana ek .. x jauh je tuh
Post a Comment