Thursday, 30 October 2008

KeNanGan YanG TER.....INDAH!!!!

Atas permintaan 2,3 orang kawan yang rapat ngan aku,agar aku abadikan gambar semasa muda,belia,remaja dalam blog ni telah aku kota kan....tatap la ya.....


biasa la geng aku lagi.....dr kiri: napsiah,ja,aku,kakak n teh


AZAHARI @ CAN....dia ni x dapat di kesan....sapa2 yg jupe dia bagi la taw kat aku...


ni sume classmate aku....dr kiri:SHIKIN,aku(mata juling la pulak),LELA,napsiah,FAIRUS n KOE.. muka sengal jer....ni kalu x silap aku form 4



Ini la SABRI,dia ni dari dulu sampai la sama jer aku tengok....

ni LAN.... kira masa ni perasan hansen giler la,

AZAHARI @ CAN ngan LAN

yang ni geng aku gak....tengok la aku masa tu,GEBU(hahaha)...masa ni kami p mandi air terjun kat beruas,ramai yg pegi masa ni...ingat lagi masa nak balik kami sesat,ikut rahim...ingat dia taw jalan,sampai masuk kebun cina,tanam terong...


jangan gelak....ni la geng aku....nama kum kami ZZ POP.dr kiri:kakak,hamisah,aku(shida),ja n teh,tengok la kain sek masa tu...kalu x nampak kaki x sah.

Ni kalu x silap aku masa form 3,lepas SRP....yg dok depan tu JA ngan HABSAH,yg dok atas bangku tu aku(shida) ngan AISYAH OMAR(terkepit kat tgh2 tu),yg pakai spec hitam tu MIZI,yg sorang lagi tu aku dah lupa la nama dia.....


yang ni....gambar class aku. tapi aku x der,saja x nak masuk....yg dok depan kiri kanan cikgu tu la hamid ngan shima.

Ha...ni KAKAK(bj merah) ngan TEH,tengok jambul teh!mahal tu!!!!


Yang ni pulak AISYAH OMAR...posing maut lagi ,kalu zaman la...kira minah rempit la ni...


yang ni pulak JA.hebat ni dulu....pak we dia,satu kg ada sorang(jgn mare...ja,aku gurau jer)


ni SAIFUL @ NYAH...dulu keding jer.ni dulu kira hero la ni,pakai seluar askar lagi...


Hahaha...yang ni ABANG GEE....la ni badan dah berisi sket,bini pandai bela kot!!!
















Sunday, 26 October 2008

AKU!!!!!!!


Ini la aku...NOOR HAZALIDA BINTI HJ. IBRAHIM....Aku lahir 1976....anak bongsu dari 7 orang adik beradik.Aku sebenar nyer baru jer berjinak-jinak dengan dunia blog ni,ni sume berjakit dari anak melakan aku SUE...rasa nyer ok gak aku ada blog ni,sekurang-kurang nyer ada bede aku nak buat selain dok pikir pasai kedai dobi aku,
semalam balik dari kedai,saja belek2 gambar lama...gambar masa sekolah.....aduh teringat kat sorang kawan yang cukup rapat masa sekolah dulu.rindu sangat kat dia,call Ja,bagi taw dia yang aku rindu sangat kat kawan aku tu.....Aku tahu mabey dia baca blog ni...walau pun aku dah pesan kat kwn2 jgn bg taw pasai blog aku ni pda dia...(pasti ada yg bg taw dia psai blog ni)
Sebenar nye aku TERUJA nak jupe kembali ngan kawan aku ni...dia teman yang paling rapat ngan aku dulu,selain JA,TEH and KAKAK...ada kisah aku ngan dia sebenarnyer....tapi...aku x nak ungkit citer lama x perlu di ingat walau pun luka nyer masih berparut......
Aku nak dia tahu....yang aku sebenarnye SAYANG,RINDU sangat kat dia.....banyak kenangan kami masa zaman kanak2,
Selain dari tu,ada banyak gambar masa sekolah dulu....yang pastinyer aku pasti akan abadi kan dalam blog ni....TUNGGU!!!!!
Ini la buah hati aku....IKA and IKIN....









Saturday, 25 October 2008

SJMC....

Semalam ikin batuk teruk sangat....kalu di biar pasti melarat!sebelum tido bg mkn ubat batuk dulu,anak2 aku ni mulanyer ngan batuk akan melarat sampai kena asma.kalu dah kena asma tempat nyer tentu la kat spital....kat mana lagi kalu bukan SJMC...anak aku yg ni cukup suka kalu masuk spital.pasai apa bede makan yang dia mintak pasti dapat...ye la budak sakit kena la layan.... sempat posing lagi....ni kat luar bilik kanak2 kat SJMC...mana boleh dok dalam bilik jer...jap2 dia kuar p tengok baby

nabulizer ni wajib kena ambik...2 jam skali kena pakai....




remote tv dalam bilik tu..dia punyer,jadi hp bagai...x nampak cam sakit pun



Bila masuk spital...dia sure soh abang me dia datang,ni anak buah aku....anak aku manja ngan dia....




Friday, 17 October 2008

PaK PanDiR

1) Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.."Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusa untuk menjilat sedikit taik tersebut.sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit"MEMANG SAH TAIK...NASID AKU TAK TERPIJAK!”


2) Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

3) pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama MakAndeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa keranabimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya keranadia sudah mempunyai anak."Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta padakita?" kata Pak Pandir."Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh."Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab sayakena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawabPak Pandir.Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta..."Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari kearah kereta Proton Waja berwarna silver.Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itupulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merahpadam."Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasasangat hairan."Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"penjual kereta PENING....
Pak Pandir nak masuk ke bandar utk membeli barang2 keperluan yang diingini oleh mak andih... Sesampainyer di perhentian... termangu-mangu pak pandir kerna terlupa utk bertanyakan pada mak andih tentang bas kesana... kebetulan lalu seorang polis menaiki motorsikal.. lalu ditahannya .. "Ya, pak cik.. bleh saya tolong?" "ya..ya.. pak cik nak ker bando... tapi tak tau plak basnya.. Anak boleh tolong ker" tanya pak pandir "ohhh..nak kebandar... senang ajer pakcik.. pak cik tunggu jer kat sini..sampai bas nombor 54 datang... pak cik naik la.. bas tu akan bawak pak cik ke bando... " "oooo bas nombor 54 ya.. ya..ya..tima kasih yer nak.. "..ujar pak pandir... maka berlalulah polis tadi... Pak pandir pun duduk la menunggu.. dan tunggu... Polis yang sama kebetulan lalu semula disitu... Agak kehairanan dia ..bila ternampak pak pandir tadi.masih ada disitu.. lalu menghampirinya... "Errrrr Pak Cik.. pak cik tak pegi lagi ka" tanya nya.. Dengan selamba Pak Pandir menjawab... . "Nak pegi la nie.. "... "... Eh... bas tu tak lalu lagi ker.. patutnyer dah lalu dah nie pak cik... "kata polis tu lagi.. "Belum lagi nak.. baru bas nombor 45.. kejap lagi bas nombor 46.. tak lama lagi sampai la yang nombor 54... . " jawab pak pandir...

4) Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologinamanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru,mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin."Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ...baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali kekampungnya.Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandirrasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula."Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik". "Saya beli signalnya sekali. Kamu kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

kena rompak.....

Hari ni umah kak shima aku kena rompak!!!!....habis sume barang kemas,jam rolex dia,jam cartier dia yg hg puluh2 ribu tu.....set berlian yg abang ipar aku beli sebelum raya dulu pun abis kena kebas...sian!!!! jam abang ipaq aku pun abis...licin betui perompak tu,dia datang masa kak aku x der umah(kak aku kuar pegi ambik anak dia balik sekolah...).orang gaji dia ada kat umah masa tu....dia bagi taw orang gaji kak aku, yang kak aku soh dia mai,nak repair ekon konon,yang mangkuk hanyun ni pun bagi la masuk ingat betui....terus naik atas masuk master b/room,pas tu perompak ni soh orang gaji kak aku turun bawah tengok ada x plag yang tendang kak bawah...masa ni la dia kebas sume barang kak aku,hp anak buah aku 2 bijik pun dia kebas...dengan sat sangat tu....pas tu masa orang gaji kak aku nak naik,perompak ni turun...dia kata dah siap repair....repair kpala hotak dia...sakit nyer hati aku...yang rompak tu orang gaji kak aku kata hindu...tu dari citer orang gaji kak aku....
Polis dah datang...cek sume,cap jari x der...barang tak berselerak,kalu orang rompak sure umah cam tongkang pecah..ni umah dok elok jer...masih dalam kes polis ni...tapi orang yang di syak la ni orang gaji kak aku!!!!nanti aku citer yang selanjutnyer........

Thursday, 16 October 2008

DRY CLEANING....

Ramai yg tanyer dry clean tu..x pakai ayaq ker?tapi kat kedai aku dry clean pakai ayaq...ini yg terbaru...nak kata baru pun x la jugak..dah 2 thn kat msia ni...yg dulu punyer dry clean memang membahaya... dan tidak selari dengan kehendak Islam didalam aspek pencucian dan penyucian. Cucian kering di Malaysia boleh dikatakan semuanya menggunakan solvent Perchloroethylene (Perc) yang telah mula di berhentikan penggunaannya sedikit demi sedikit di Amerika dan Eropah kerana bahan ini telah terbukti membahayakan kesihatan kerana disyaki boleh menyebabkan barah, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan dan lain lain serta mencemar alam sekitar dan udara. Ia membahaya bukan sahaja kepada pekerja di kedai dobi malahan kepada pengguna, kerana Perc tersebut akan tertinggal didalam kain setelah proses dan akan dihidu serta meresap melalui kulit pemakai baju tersebut. Ini amat berbahaya terutama kepada kaum pompuan melayu yang rata-rata menggunakan baju sutera(bj kurung pun ye gak). Dari segi penyucian pula, Perc tersebut digunakan berkali-kali untuk mencuci baju dengan dikitar semula apabila mula didapati kotor, menggunakan proses distillation untuk membuang kotoran tetapi bolehkah ia digunakan semula untuk tujuan mensuci? Pengusaha(bkn aku,sbb aku x guna yg ni...) pula tidak melakukan proses distillation ini pada setiap load cucian dan ini menyebabkan kotoran dari satu load cucian akan dipindahkan kepada load cucian yang baru. cucian kering didalam Islam adalah tidak menyucikan dan salah satu website yg aku jupe mengatakan tidak sah sembahyang memakai baju yang telah di cuci kering.memang betui pun...dia cuci tp x bersih!alternative untuk cucian kering dan alhamdullilah rupanya di Amerika dan Eropah telah meluas menggunakan kaedah 'Wet cleaning' selama 12 tahun dimana mesin khas menggunakan bahan pencuci(kimikal ni yg mahai ni...) yang khas dan air digunakan untuk mencuci sutera dan fabrik lain yang dahulunya hanya di cuci kering. Tiada apa-apa yang diguna semula atau di recycle untuk mencuci. yg ni la aku guna kat kedai aku... di Malaysia sistem Wet clean ini mula digunakan sejak dua mejak ni,termasuk la aku....kebanyakan pengusaha dobi takut nak bg taw custemer depa pasai ni... mungkin kerana takut tidak diterima oleh pengguna di Malaysia padahal hasil cuciannya amat baik dan banyak kelebihan lain. aku nak bg taw kat sini yg sistem wet clean ini bg banyak kelebihan dari cucian kering (terlalu banyak untuk diterangkan disini, mungkin lain kali) dan hasilnya lebih baik dari cucian kering. Mungkin dulu kita tidak ada pilihan untuk mencuci baju sutera, jaket dan lain yang memerlukan cucian kering, tapi la ni alhamdullilah kita dah x perlu risau lagi...kalu nak taw lebih terperici lg ,blh mai kdai aku

PREMIER....

Salam...semua,masih dalam mood raya lagi kan?dalam radio pun x abis2 pasang lagu raya,rasanyer sekarang ni pun sume orang sibuk buat open house,atau pun pergi open house.Aku???ada gak ygang tanyer taun ni x buat open house ker?cam ner nak buat open house kalu dari pagi sampai ke malam aku dok ada kat kedai...undangan open house pun banyak x pegi,iye la kalu aku pegi sapa pulak nak jaga kedai???? sendiri mau ingat...BUKAN SENANG NAK SENANG...InsyaAllah...taun depan kalu bisnes aku dah stabil boleh la tinggal kejap2 kat pembantu aku...
Masih yg x taw!bisnes apa aku buat...aku buka kedai DOBI,sapa2 yg dok areal bandar sri damansara boleh la antar kat kedai aku,nama kedai dobi aku 'PREMIER LAUNDRY'....InsyaAllah sapa2 yg antar kat kedai aku akan berpuas hati...kami sentiasa memberikan perkhidmatan yg terbaik pada pelanggan kami,cewah....tapi...apa2 pun try dulu baru taw...dalam sri damansara ni cuma kedai aku dobi aku je,kedai dobi melayu.....
Kepada kawan2 aku (x smdi)...kalu ada masa mai la jalan2 kat kedai aku ni....

ps:KITA HIDUP BUKAN MENONGKAT LANGIT.....
*walau hanya sebutir pasir...hargailah anugerah yang yang diberi....
kerana tidak semua insan bertuah memiliki apa yang engkau miliki hari ini...
(untuk kakak tersayang....adik mu sentiasa doa kebahagiaan mu....)