Wednesday, 19 November 2008

Seluar Dalam Pembantu

kepada teman2 ku yg punya bibik.... jadikn ini sebagai ingatan ya....
SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk
menyimpan barang curi.

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian
kerana
ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintirpembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.
Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam
seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa
menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50."Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat
pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas
barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang. "Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,''kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu
satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.
"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal
menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.
"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan
pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,''
katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu




P/s:mintak2 pembantu aku x der la macam ni,

5 comments:

suesamsudin said...

aiyuk maksu, kalo dia letak kat ctu, malunya nak cek!!! ceh mcm2 gelagat depa kan....

Dr.Araz said...

Macam2...kreatif betuiiii

kak ja said...

Setahu kja bibik2 selalu gunakan poket kecik tu utk sorok duit yg depa bawak balik ke seberang..Dah disalahgunakan rupanya..

Tp mcm kata Su, mmg kita sendiri tentu malu nak cek kat situ.. Kalau jumpa brg yg dicari, ok gak.. Kalau tak jumpa, dah lain jadinya..

achik said...

isk isk isk..

Lily.Lulu said...

mak aiiiiiiii .....
boleh pulak mcm tuh eh
x leh blah laa

macam2 cara nak mencuri barang
sila berhati2
:D