Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah
"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup > melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mula> terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Khabarkan berita ini pada sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
P/S:biar berapa kali pun ACU dah ulang baca kisah wafat rasulullah s.a.w ni (tak kira di blog-blog, melalui email, mana2 penerbitan), air mata tetap akan menitik...
Wednesday, 15 October 2008
Monday, 13 October 2008
kembali terjalin.....(SMDI 1993)
apa kena ngan hamid ni????
dari kiri....aku-shida,ja,teh,kakak n ita

sabri ngan ja....sabri pjam ja,pasai dia x bawa orang umah dia....sabri jadi juara antara kami...pasai dia yang paling ramai anak(5 org).....trima kasih banyak2 kat sabri ni,dia yg bersusah payah uruskan reunion ni.....
osman n family
ni teh n family....
abang gee n family....dia ni dok kat umah aku jer,tapi x pernah nyer jupe pun,kalu jupe pun kat pasar malam umah kami
nyah n family

osman n familyni classmate aku...hamid n shima,ingat kan x jadi kawin,setelah banyak rintangan yg diharungi...alhamdulillah bersatu jua akhirnyer....aku ngan geng aku dok kata,depa ni cinta monyet jer ni,tapi tengok...depa dah bukti kan yang depa bukan monyet!!!!jangan marah mid

mokhtar n azizah....kekal ke akhirnye,dr sekolah bercinta ni....syok tengok kan????

lagi satu cinta yang bersatu....najid n sarinah...
aisyah omar n family.....
naza n famil
masa ni hadsah ngan ita baru sanpai....hadsah ni masih cam tu gak,x berubah2....
ni amir....(bj blang)masa sek dulu... aku ngan geng2 aku cukup anti dengan dia ni!...,amir ni masa sek dulu ketua murid(pengawas),ngan geng2 aku memang dia x pandang pun,kami kan huhahuha....,dia geng buku,kalu hr senin(ada perhimpunan)geng2 aku slalu kena cek,pasai kuku panjang la,pakai cincin la...hahaha bila ingat balik nak tergelak.tapi la ni amir dah hansem...ingat kata2 hadsah ari tu,jangan marah amir!!!!!,yg dok suka sangat tu....mokhtar
antara yg datang...dari kiri(bdiri)...ita,hadsah,azizah,teh,sarinah,dr kiri(ddk)..ja,aisyah,aku-shida,kakak...sume dah kawin,cuma ita je masih mencari
ni la besfren aku masa student dulu....memang kami ber4 baik bangat,sampai lepas sek pun kami masih baik sampai la ni...,walau pun dok jauh2 tu x jd hai,masih taw perkembangan diri masing2,itu yg penting,walau jarak memisah kan kita,kita masih berhubung,itu yg penting.....
15 tahun berlalu,hari raya ke 2 kami berkumpul....syok sangat dapat jupe balik kawan2 lama masa sekolah dulu....ada yang dah berubah dan ada yang masih sama....ada jugak yang aku nak jupe sangat tapi x datang......x per lain kali kite jupe lagi,dah jupe balik ni,ingat la balik citer2 lama....memory indah masa sekolah la yg paling syok di kenang,kalu boleh pusing balik waktu tu,aku memang nak ke sekolah balik......
gambar raya 2008
ala2 jlo gitu....ni dalam kete masa nak p beraya....
ni la kak yang sekepala ngan aku....kak shima,ngan dia aku boleh huhahuha....citer la apa pun dia tak kisah,kak aku ni memang open....
ini la mak aku....hjh hazizah,mak aku ni memang anak cina,masa dia baby lagi mak dia bg kat arwah tok aku,tu la pasai mata aku sepet semacam jer...ramai yg kata,aku ikut muka mak aku...agak nyer kalu umur aku panjang,bila dah tua nanti cam ni la rupa aku agaknyer kan???
raya lagi....
Raya tahun ni giliran acu beraya di kampung(pantai remis)tutup kedai 1 mggu....tu pun masa kat kg ada customer call...baju dia x ambik!...aduh kasihan...tapi nak wat cam ner,kita dah kat kg,bukannyer dekat nak patah balik.macam biasa la lepas sembahyang raya kite p umah pak cu(adk pak)pas tu p segari umah cousin2 yg kat segari....kat sini depa sume dok dekat2....depa dok satu kelompok,kite pggl kg adik beradik.....ini gambar selepas sembahyang raya...ni pun ramai lagi yg x ada...
Tuesday, 2 September 2008
Monday, 1 September 2008
dah boleh!!!!!
susah jugak buta it ni...dah try byk x dok x jd2.last call kakak tanyer dia....dan ini la hasil-nyer.x per pelan2.lama2 ok la.....ini yg pertama dr acu.ni boleh la updates sket,keje x baper byk....ramai org blk kg kot,so rilex la sket...acu pun dok tgh mati kutu ni,ok la la...sebagai permulaan
gambar2 lama.....
Subscribe to:
Posts (Atom)




