Wednesday 19 November 2008

Seluar Dalam Pembantu

kepada teman2 ku yg punya bibik.... jadikn ini sebagai ingatan ya....
SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk
menyimpan barang curi.

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian
kerana
ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintirpembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.
Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam
seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa
menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50."Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat
pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas
barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang. "Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,''kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu
satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.
"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal
menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.
"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan
pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,''
katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu




P/s:mintak2 pembantu aku x der la macam ni,

arward lagi...


YES!YES! aku dapat arward lagi,dari DR ARAZ...tima kasih la banyak2.ni yang kedua arward dr orang yang sama aku dapat.baru hr ni kesempatan nak paku dalam blog aku...sibuk sesangat2.terima kasih skali lagi pada DR ARAZ.lain kali bagi la lagi ye!!!

Wednesday 12 November 2008

NILAI DAN ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)



Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang baik dan begitu memahami aku dan selau berada disisi aku ketika aku memerlukan seseorang,untuk m'luah segala yang terbuku di hati ini...dan harapan aku jadilah seorang SAHABAT dan SUAMI yang baik terhadap aku hingga ke hujung nyawa ini!!!!

Tuesday 11 November 2008

betoi ker?

rezki belum masuk lagi untuk ari ni,dah datang sorang minah,bagi taw yang kad atm dia kena telan dek mesin kat salah satu bank kat depan kedai aku ni,tadi....nak mai pjam RM50 nak beli susu anak.petang sat ni dia mai ganti balik....boleh caya ker?????acu x bagi,x nak pisang berbuah 2 x....

kalu betoi la minah tu dalam kesusahan memang aku mintak maaf banyak2.cz x tolon dia,lepas kejadian ari tu aku dah fobia dah!sapa jer yg masuk dlm kedai aku jadi takut.he seram aku...la ni macam2 boleh jadi!!!biar la dia p mintak tolong org lain,biar la dia kata aku x perikemanusian ker apa ker...lpas kejadian menimpa family aku,ngan umah kak shima kena rompak,ngan aku kena tipu,ngan kejadian tjadi kat abg man br2 ni....sume tu buat aku akan lebih berhati2!!!!

Sunday 9 November 2008

kena tipu ker?kena pukau??????????

Hari ni aku rasa,aku bodo sangat!!!!senang2 jer aku kena tipu ngan sorang cina ni....
Ada sorang cina mai kedai tanyer abang man(abg ipar aku) mana?aku cakap la yg abg man x der.dia x mai kedai ari ni...pas tu dia buat2 cakap ngan abang man dr hp dia,kata yg dia dah sampai kedai,konon services tangki air kat umah depa yg nak sewa tu dah siap....beriya2 ckp ngan abang man.pada hal dia cakap sorang2 jer...dia cakap cam ni la lebih kurang"halo bos,ni leong aaaa,ni saya sudah sampai kedai dobi aaaa,lu punyer adk x caya sama saya,sudah bikin lu punya lumah punyer tangki bla...bla...blaa........"mati2 aku ingat betoi la....pas tu dia cakap ngan aku,abang man soh dulu kan duit aku untuk bayar upah dia!HAMPEHHHHH...AKU KENA TIPU...terbang RM360... Lepas dia kuar dari kedai br aku pikir,yg kak shima x der cakap apa2 pun ngan aku smlm...trus aku call kak shima,tanyer...HAMPEH senag2 aku kena tipu....aaaaaaaaaa

Nape la kat msia la ni banyak sangat kes2 cam ni...nape la senang2 depa nak pau duit orang????aku pun nape la ari ni tak leh pikir,nape pas mangkok hanyun tu kuar baru aku sedar????NAPE????NAPE????NAPE????mabey smlm aku makan roti jala ngan kuah durian banyak sangat kot!!!!!sampai dah x leh pikir bede yg logik....

Saturday 8 November 2008

dua beradik berbeza agama,,,,

Sejak ada blog ni,aku suka sangat cari gambar2 lama nak boh dalam ni,semalam balik dari kedai jupe pulak gambar ni.gambar mak aku ngan abang dia...mak aku ni sebenar nyer anak cina...mak dia bagi kat tok aku masa dia kecik lagi.cina dulu kalu dapat anak pompuan depa x suka.depa kata si*l,tu yg mai bagi mak aku kat orang melayu...nasib la bagi kat orang melayu.kalu dak dok ka**r la sampai mati.ALHAMDULILLAH kan????dalam family mak aku depa ada 3 orang pompuan...2 orang bagi kat melayu.yg sorang lagi x.yg tu x bg pasai anak sulong...bela gak la.yg sorang lg kak mak aku ada kat kedah.(mak ngah)...kira 2 orang jer la yang ISLAM...yg lain dok agama asai depa la,tapi depa sume baik.aku ingat lagi...masa aku kawin dulu depa sponsor ayam ngan telur...pasai salah sorang abang mak aku ada kilang ayam kat segari(bt 3) pic yang atas tu,mak aku ngan abang dia,uncle TAN...muka ada la sama sket2
Mak aku,arwah pak aku,uncle ngan bini dia...ni kat umah uncle di kepong.
la ni aku dok cari gambar kak mak aku yg sulong,dok kat melaka...kakak(sue)ada x lagi gambar tu????

Friday 7 November 2008

hang harap aku,Aku harap hang,,,ambik kou!!!!

Pagi tadi pergi pasar taman tun(TTDI) ngan kak shima,teman dia beli barang nak buat kenduri sket esok kat umah baru dia.(dia dah pindah lpas kjadian rompak ari tu)dah takut dah nak dok situ!!!pindah kat tempat yang lebih selamat,duit pun slamat la.....
SYOK p pasar kat situ mcm2 ada,tapi herga dia mahai la sket,besa la tempat ong kaya.aku ngan kak shima beli la cup cake,comei2...cantik sangat.rasa x taw la...mahal gak la 8 bj hega nyer RM9.beli gak la dah berkenan tengok comei2 tu,(sayang nak makan...)anak aku sure suka..lepas bayar trus kuar.kak shima ingat aku ambik...yang aku pulak ingat dia yg ambik,hampeh!!! x kuasa nak patah balik,semata2 nak ambik cup cake yg comei2 tu.kempunan nak rasa. Balik dari TTDI aku p makan ikan bakar kat kelana Jaya.sedap gilerrrrr dah lama dah aku x makan kat situ.dulu mamat ni bniaga bawah pokok jer..skang dah buka restore dah...
Nanti balik nak beli durian kat paya jaras,nak buat kuah durian...cicah ngan roti jala esok..SEDAP!!!lama dah x makan roti jala ngan kuah durian.esok nak p umah kak shima nak tolong dia masak.

perempuan macam semalu????

Assalammualaikum w.b.t

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.Dan

akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

p/s:Cam aku x leh nak balik umah sebelum senja...pasai aku tutup kedai kul 9 mlm,
hubby pun dah bg kebenaran kira ok la tu,MALU???rasa nyer x la sangat kot!nak malu pun
kena tengok tempat la kan,cam aku ni mana boleh malu2...hari2 keje jupe orang.kalu malu
susah la....hehehe.MALU...MALU....MALU...mana boleh x malu,kite ogn pompuan mesti
mesti ada prasaan tu.

Thursday 6 November 2008

masa...terluang

Salam...skang ni kul 8:50PM,lagi 10 min aku tutup kedai....kat luar ujan,so aku kena tggu hubby aku datang ambik.cz aku x leh drive dlm ujan,dah tu malam pulak!!!kete aku tinggal kat umah kak shima.takut nak tinggal kedai..pagi tadi datang kedai ada kete WAJA kena cilok dia punyer tayar.aduiii sian mamat tu,nak p keje tgk2 tayar dah x dak....melaun betoi sapa yang curi tu,senang2 jer ambik hata bede orang.memang x berkat la idup dia!!!dok kena maki hamun n kena sumpah seranah ngan orang...ok la,hubby dah sampai nak balik.PENAT!!!!!!balik leh tido.

CenDeRaHaTi


WAH!!!!! hari ni aku dapat gift dari DR ARAZ....
ARIGATO pada DR ARAZ pasai bagi aku gift ni,sangat cantik,menarik n tertarik....(memang debommmmm)
semoga persahabatan di alam maya ini berkekalan selamanyer,memang kita saling melengkapi....rasa segan pulak nak ambik gift ni.tapi....nak!!!!

Wednesday 5 November 2008

MASIH TERASA.....

Baru hari ni la aku rasa OK sket,meski pun tidak sepenuhnyer,rasa penat berkurang sket...stelah sehari suntok aku kat umah semalam.Lepas balik dari check up kat SJMC,aku tido sepuas-puasnyer!!!!Aku sentiasa melawan rasa kurang upaya diri ini....sejak dua mejak ni kepala sering berpinar...badan seakan-akan melayang.walau pun hakikat nyer aku masih di bumi....

Entah pasai apa sekarang ni aku menjadi seorang yang begitu sensitif....padahal hakikat nyer aku bukan cam tu!!!Aku begitu terasa hati dengan seseorang...mungkin dia tak sengaja mungkin(cuba pujuk hati sendiri!).Mungkin jugak sebab tahap kesihatan aku yang menbuat aku terasa hati sampai begitu..lupa kan lah perasaan yang sedemikian...
Aku cuba pujuk hati sendiri,dengan kata"memang TUHAN bagi aku sakit,supaya aku lebih menghargai sihat.....dan abang DIN(abang ipar aku,abah pd SUE)pernah kata,tuhan bagi kita sakit untuk mhapus dosa2 yg kita laku kan.....


Hidup ini rumit...ada caturan dan gelombangnya,ada yang lemah dan ada yang kuat,dan ada yang berkuasa.even,setiap orang melakukan perkara dan pekerjaan yg berbeza,demi sesuap nasi...dan untuk meneruskan hidup....jika kita diberi kesenangan itu di kira BONOS...

Hidup ini memang penuh dengan onak dan duri....hanya orang yang tertentu sahaja dapat mendakinya...sampai ke puncak yang pa....ling tinggi.Itu pun adakalanya orang itu akan tewas atau tersasar....

Tetapi...siapa pun kita,kita tetap berpinjak di bumi yang sama,jangan bila TUHAN beri kita kesenangan hanya sedikit kita sudah tinggi diri,lupa diri....Ya ALLAH...kau jauh kan lah aku dari sifat sedemikian....dan lagi satu,kesibukkan dunia bukan satu halangan atau alasan untuk kita terus bertafakur pada yang ESA....

Wallahualam...