Saturday, 3 January 2009

SELAMAT TAHUN BARU




Alhamdulillah, tiba juga ke tahun 2009. Terima kasih Allah...sepanjang tahun 2008 banyak kenangan suka,duka,sedih,happy dan berbagai2 citer dalam kamus hidup aku ni....2008 banyak sangat bede yang tidak enak berlaku pada aku . apa2 pun, aku terpaksa dan aku sudah lalui sume tu!!!MENGUBAT SEGALA LULUH HATI aku adalah KEKUATAN dan KESABARAN!!!!. TERIMA KASIH pada anak2 buah yang banyak bagi kata2 semangat saat aku dah hampir putus asa, . "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 !!!". SEMOGA 2009 AKAN MENJADI TAHUN PALING GEMILANG UNTUK KITA SEMUA. INSYA-ALLAH.

Friday, 26 December 2008

BERJUMPA,BERMAIN,BERGADUH DAN BERBAIK SEMULA....

Semalam anak2 kak shima,sume tido umah aku...dah lama depa tak mai umah aku....kedai tumi ngan epi jaga,dah boleh harap dah indon2 ni,cuma x boleh slalu la tinggal kedai kat depa...skang aku x la tension cam dulu!sampai nak gerak ke mana pun x boleh...AMEER ngan IKIN kalu jupe ada saja la...sorang kaki cakap(ameer),ngan sorang lagi pun becok jugak(ikin)..bila orang x paham apa yg dia cakap,dia marah...dah puas aku soh cakap betui,dia dok pelat jugak...tahun depan dah 6thn....AQMEER ngan IKIN,besa la....bila jupe sat gaduh,sat elok....pas tu gaduh balik...bila x jupe 2-3 hari,jupe balik elok la sat pas tu gaduh balik...alahai nama pun budak2....




sume pic ni sebelum depa p ngaji...cuti sek ni,aku antar depa pergi class ngaji ngan fardhu ain kat kum. RABBANI ...ok la dari dok saja kat umah.





IKIN NGAN AMEER....

MASA TENGAH ELOK





POSING MAUT DARI AMEER...KAT DEPAN UMAH KAK SHIMA DI DESA PARK CITY...











Thursday, 25 December 2008

birthday diner....

Lamanyer x update blog...memang bz pun sejak dua mejak ni.memang banyak citer nak citer tapi x tercerita.ni atas permintaan anak buah sorang ni soh boh pic bday dia ari tu...kite calerate bday dia kat one world hotel.kebetulan bday sayang sorang ni selang 2 hr je ngan daddy nyer.so calerate jer skali.makanan kat situ memang sedap...paling aku suka nasi briani gam dia..ADUH dok teringat2!!!memang sedap....


SELAMAT HARI JADI....acu sayang kakak!!!!muaah....




kak shima n family....


empat sekawan....



shida n shima




kak shima,aku n abang man


anak dara aku ni....kalu posing bagi kat dia...


ni kat luar,kat sini depa tanam pokok buloh jepun tu banyak sangat...



aku n family...



anak dara aku ngan anak dara kak shima



ngan boss





esok nyer kak siah datang umah kak shima nak bincang sal majlis bertunang puteri nyer...sapa yg nak bertunang?????hehehe TUNGGU!!!! nanti aku citer ye!!!! ........................................












Friday, 5 December 2008

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh
diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas


2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca
Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan
keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN




Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup
kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang
di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah
meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf
kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN


Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu
salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha
Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak
mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7)
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap
kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah
memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka
dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca
surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil
berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca
kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang
mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil
mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian
tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke
kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah
sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas
dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga
dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan
yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan
lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Monday, 1 December 2008

IKAN

Saja untuk di kongsi bersama....ada sorang kwn antar email.bersama gambar ikan ni...tengok mulut dia cam mulut orang kan????seksi lagi





Wednesday, 19 November 2008

Seluar Dalam Pembantu

kepada teman2 ku yg punya bibik.... jadikn ini sebagai ingatan ya....
SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk
menyimpan barang curi.

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian
kerana
ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintirpembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.
Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam
seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa
menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .

Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50."Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat
pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas
barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang. "Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,''kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu
satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.
"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal
menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.
"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan
pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,''
katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu




P/s:mintak2 pembantu aku x der la macam ni,

arward lagi...


YES!YES! aku dapat arward lagi,dari DR ARAZ...tima kasih la banyak2.ni yang kedua arward dr orang yang sama aku dapat.baru hr ni kesempatan nak paku dalam blog aku...sibuk sesangat2.terima kasih skali lagi pada DR ARAZ.lain kali bagi la lagi ye!!!